Friday, 3 April 2015

Masa

Masa merupakan barang yang sangat terharga dalam dunia. Tak kira kamu mempunyai berapa banyak harta kekayaan, masa yang telah terlepas tidak dapat dibeli semula. Sekelip matanya, saya telah melalui 21 tahun dalam dunia ini. Sejak kelahiran di dunia ini, saya telah dididik dengan baik serta dijaga dengan rapi oleh ibu bapa saya. Masa telah berlalu dengan cepat, sekarang saya telah berumur 21 tahun dan telah melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Dalam masa saya 21 tahun ini, saya telah mengalami pertumbuhan dari segi mental dengan sangat cepat berbanding dengan masa yang lalunya. Tanpa penjagaan ibu bapa dalam masa menuntut pelajaran di UKM, saya terpaksa belajar untuk berdikari dan bagaimana bergaul dengan orang lain. Di luar rumah, semua perkara adalah diselesaikan oleh sendiri. Bantuan dari orang lain adalah sangat susah dapat. Masa yang melalui dengan cepat ini telah mendidik saya dari seorang budak naif menjadi seorang pemuda yang berdikari. Hargailah masa yang berharga itu!!!



No comments:

Post a Comment