Tuesday 21 April 2015

Universiti

Selepas menamatkan pelajaran di peringkat sekolah menengah, ramai antara pelajar telah melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat universiti. Pelajar yang keluarganya mempunyai berkemampuan telah dihantar ke universiti atau kolej swasta. Malah yang lain telah melanjutkan pelajarannya ke institut politeknik dan universiti awam.

Adakah sijil daripada universiti adalah begitu berharga dan penting kepada seseorang? Bagi saya, sijil universiti memang menyediakan satu platform bagi kita mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, namun personaliti dan soft skill juga sangat penting kepada kita. Universitilah merupakan tempat yang bukan sahaja mendidik graduan yang cemerlang dari segi akademik malah dalam segi sahsiah dan juga melatih soft skill mahasiswa dan mahasiswi. Jadi, dalam masa belajar di peringkat universiti janganlah hanya menumpukan dalam pelajaran sahaja namun dalam bidang kokurikulum juga.





No comments:

Post a Comment