Tuesday, 21 April 2015

Realiti

Apakah cita-cita anda semasa usia kecil lagi? Nak jadi juruterbang? Jadi doktor atau menjadi Perdana Menteri? Setiap orang mempunyai impian pada masa depannya masing-masing. Namun kelak menjadi dewasa nanti, beberapa orang telah merealisasikan impiannya? Berapa orang yang masih mengekalkan cita-citanya semasa usia muda itu? Bagi kes saya, saya tidak dapat mencapai dan merealisasikan cita-cita saya pada masa kecil itu.


Saya pernah kagumkan pekerjaan sebagai seorang pendidik. Saya ingin menjadi seorang cikgu pada masa kecil. Namun realitinya menyebabkan saya tersedar pekerjaan pendidik bukan sesuatu yang mudah serta pekerjaan ini adalah tidak sesuai dengan personaliti saya. Realiti ini selalunya adalah bertentangan dengan impian yang kita alu-alukan. Tetapi, kalau anda berdedikasi dalam menjayakan sesuatu, teruskan usaha anda, jangan dikalahkan oleh realiti di dunia ini. 

No comments:

Post a Comment