Friday, 3 April 2015

Peraturan


 Apa itu peraturan?? Secara umumnya,peraturan adalah sesuatu yang disepakati dan mengikat sekelompok orang atau lembaga dalam rangka mencapai suatu tujuan dalam hidup bersama. Peraturan telah diwujudkan di mana-mana tingkat seperti dari peringkat isi rumah, peringkat sekolah serta dalam peringkat Negara. Peraturan diwujudkan untuk mengawal tingkah laku manusia serta mengekalkan kesejahteraan dalam manusia sejagat. Tanpa penguatkuasaan peraturan, dunia pasti menjadi huru-hara dan konflik akan berlaku dalam kalangan manusia. Selain daripada ketiga-tiga peringkat yang disebutkan tadi, peraturan yang merentasi sempadan Negara turut diwujudkan. Hal ini demikian adalah kerana untuk mengawal kesejahteraan dan menggelakkan sebarang pertelingkahan. Isu-isu perebutan pemilikan tanah atau pulau telah menjadikan persoalan yang hangat kebelakangan ini. Menurut peraturan sempadan antarabangsa, perebutan pemilikan tanah dan pulau ini dapat diselesaikan dengan baik.

No comments:

Post a Comment