Saturday 30 May 2015

Minggu 14

Sekelip matanya, sesi pembelajaran semester 2 telah sampai ke hujung. Sebelum minggu 14, minggu 12 dan minggu 13 merupakan tempoh yang sangat sibuk bagi mahasiswa dan mahasiswi. Banyak presentation dan assignment diarahkan supaya hantar pada minggu 13. Dalam tempoh minggu 13 ini, setiap hari benda yang saya hadapi banyak ialah Microsoft Word dan Powerpoint. Akibatkan kena menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan, saya terpaksa mengorbankan masa tidur saya supaya dapat menyempurnakan kerja saya.

Akhirnya

Akhirnya, sesi pembelajaran bagi Aplikasi Komputer telah ditamatkan. Masa lalu dengan cepat. Sekelip mata sudah sampai ke minggu-13 bagi semester 2 ini. 

Saya berasa amat gembira dan bersyukur dapat belajar di bawah bimbingan Sir Azzwan. Pada mula-mulanya, saya seorang yang hanya mempunyai sedikit pengetahuan komputer. Selepas kelas Aplikasi komputer ini, saya memang belajar banyak perkara yang baru. Saya mengetahui bagaimana mengguna Excel dengan efisyen, pandai membuat powerpoint serta Access yang tidak pernah menceburi juga telah dapat belajar dengan baik.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam sepanjang masa pembelajaran. Apabila saya menghadapi masalah semasa pembelajaran, mereka sudi membantu dan menolong saya.


Memang bersyukur dapat belajar subjek Aplikasi Komputer dalam kelas ini. Terima kasih and see you all again.