Monday 25 May 2015

Pembentangan

Pembentangan bagi Aplikasi Komputer telah berlangsung pada Jumaat yang lepas. Sebelum memulakan pembentangan, kami telah membuat banyak persediaan supaya dapat menyempurnakan pembentangan tersebut. 

Tema yang kami bentangkan adalah sampah. Mula-mulanya, kami tiada sebarang idea untuk merakamkan video yang bertema sampah ini. Namun begitu, selepas session brain storming dengan ahli kumpulan saya, kami pun mendapatkan idea yang bernas untuk perakaman tersebut. 


Menerusi persediaan untuk pembentangan, saya telah menyedari peri kepentingan teamwork. Tanpa bekerjasama antara ahli kumpulan, mestilah pembentangan tidak dapatlah dijalankan secara lancar. Tambahan pula, saya juga belajar menerima kritikan dan nasihat dari orang lain dengan hati yang terbuka. Secara kesimpulannya, menerusi pembentangan ini saya telah mempelajari banyak perkara dan apa yang dibelajarkan itu adalah sangat berguna kepada saya.



No comments:

Post a Comment