Friday, 8 May 2015

Melancong

Melancong merupakan sesuatu perkara yang amat menyeronokkan dan dapat membantu kita merehatkan minda daripada tekanan hidupan. Menerusi pengalaman daripada melancong, kita juga dapat membuka minda dan fikiran kita tidak akan disempitkan.

Saya amat menyukai persekitaran di Korea Selatan. Sejak masa sekolah menengah, saya sudah bercita-cita untuk melancong ke Korea Selatan. Korea Selatan merupakan sebuah negara yang sangat maju dan pembangunannya semakin pesat sejak kebelakangan ini. Culture Korea Selatan juga sangat dikagumi oleh saya. Rakyat di Korea Selatan adalah sangat cinta dan taat kepada negara mereka. Mereka hanya membeli dan mengguna produk yang dikelurkan oleh negara mereka seperti telefon bimbit yang berjenama Samsung serta kereta Hyundai.
Oleh itu, saya berharap pada masa yang akan datang, saya dapat merealisasikan impian saya iaitu melancong ke Korea Selatan.




No comments:

Post a Comment