Sekelip matanya, sesi pembelajaran semester 2 telah
sampai ke hujung. Sebelum minggu 14, minggu 12 dan minggu 13 merupakan tempoh
yang sangat sibuk bagi mahasiswa dan mahasiswi. Banyak presentation dan
assignment diarahkan supaya hantar pada minggu 13. Dalam tempoh minggu 13 ini,
setiap hari benda yang saya hadapi banyak ialah Microsoft Word dan Powerpoint.
Akibatkan kena menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan, saya
terpaksa mengorbankan masa tidur saya supaya dapat menyempurnakan kerja saya.
Dan pada masa ini, minggu 14 telah menghampiri. Hal
ini menunjukkan peperiksaan akhir tahun telah menghampiri saya. Saya telah
berasa tekanan peperiksaan kerana belum mula membuat ulang kaji bagi setiap
mata pelajaran. Tambahan pula, minggu untuk study week telah dibatalkan. Dengan
begitu, saya patut menghargai masa supaya tidak membazirkan setiap saat untuk
membuat ulang kaji.
No comments:
Post a Comment